Lathi Challange Difatwakan Haram dan Berdosa

Lathi Challange mendapatkan sambutan yang ramai di media sosial baik Indonesia maupun Malaysia baik kalangan awam sampai artis dan influencer. Isu hukum melakukan Lathi Challange kemudian menjadi perbincangan luas.

Wandarzin, seorang pendakwah dari Malaysia memberikan nasehat agar masyarakat tidak melakukannya karena terdapat unsur-unsur yang meragukan dan membawa kepada kerusakan aqidah. Umar Mita dari Indonesia meminta agar perempuam muslimah tidak melakukan Lathi Challange lantaran salah satu sifat muslimah adalah memiliki sifat pemalu.

Luqman Abdullah, pemimpin Pejabat Mufti Malaysia semacam MUI versi Malaysia. Mengharamkan Lathi challenge sebagai tarian yang mempunyai unsur pemujaan dan ritual yang menyalahi akidah Islam, serta pemakaian tata rias yang menyerupai setan atau hantu seperti Lathi Challenge ini termasuk dalam tasyabbuh yang dilarang. Oleh itu, hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa. Ia mengungkapkan lagu Lathi mengandung lirik yang mempunyai bait-bait yang menyeru makhluk halus dan merupakan bentuk pemujaan roh. Tarian dalam musik videonya juga dianggap mistik olehnya.

Fatwa hukum Lathi Challange secara jelas disampaikan oleh Mufti Malaysia sebagai Haram dan berdosa bagi seorang Muslim melakukannya. Berikut fatwa lengkap dari Pejabat Mufti Malaysia yang terbit pada tanggal 18 Juni 2020 pada kategori Irsyad Fatwa Umum no 521. (link)

SOALAN

Assalamualaikum WBT. Saya ingin bertanya pandangan SS Mufti berkaitan Lathi Challenge yang tular di media sosial akhir-akhir ini.

Mohon penjelasan dari SS Mufti. Terima kasih.

RINKASAN JAWAPAN

Hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa. Hal ini kerana ia mempunyai unsur-unsur pemujaan yang dikhuatiri akan menjerumuskan pelakunya ke dalam perbuatan syirik dan kekufuran. Oleh itu, kami ingin menasihati orang ramai khususnya umat Islam agar tidak terlibat di dalam cabaran-cabaran (challenges) yang berbentuk pemujaan dan ritual seperti ini demi menjaga akidah kita.

Baca juga:   Historiografi Islam: Antara Riwayat dan Dirayat

WaAllahu a’lam.

HURAIAN JAWAPAN

Waalaikumussalam WBT.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Setakat maklumat yang kami dapati, Lathi Challenge ini pada mulanya dipopularkan oleh Jharna Bhagwani di aplikasi TikTok, kemudian ia tular di media sosial dan ramai menyahut cabaran tersebut. Challenge ini merupakan cabaran di mana pelaku akan mengenakan pakaian ala-ala tradisional nusantara (Jawa) dengan menari mengikut alunan lagu, lalu tiba-tiba menukar wajah dan pakaian mereka menyerupai hantu yang mengerikan.

Lathi diambil daripada bahasa Jawa Kuno yang membawa maksud lidah. Ia menjadi judul bagi sebuah lagu single yang dinyanyi Weird Genius yang berduet bersama Sara Fajira. Di dalam music video offical, terdapat elemen joget dan tarian yang berunsur ritual mistik. Malah, di dalam lirik turut mempunyai bait-bait yang dikatakan mengandungi pemujaan roh dan menyeru makhluk halus. 

Pertamanya, kami ingin menegaskan bahawa tindakan menularkan cabaran-cabaran (challenges) seperti ini tidak patut dilakukan, apatalagi ia melibat perkara-perkara yang bertentangan dengan akidah Islam. Hal bersandarkan kepada hadith dari Jarir Ibn Abdillah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ سَنَّ سُنَّةَ خَيْرٍ فَأُتْبِعَ عَلَيْهَا ؛ فَلَهُ أَجْرُهُ، وَمِثْلُ أُجُورِ مَنِ اتَّبَعَهُ، غَيْرَ مَنْقُوصٍ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ سَنَّ سُنَّةَ شَرٍّ فَأُتْبِعَ عَلَيْهَا ؛ كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهُ، وَمِثْلُ أَوْزَارِ مَنِ اتَّبَعَهُ، غَيْرَ مَنْقُوصٍ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئًا

Maksudnya: Barangsiapa yang melakukan sunnah yang baik, lalu diikuti amalan tersebut, maka baginya pahala dan pahala orang yang mengikutinya, tidak berkurang daripada pahala mereka sedikitpun. Barangsiapa yang melakukan perkara yang buruk, lalu diikuti amalan tersebut, maka baginya dosa dan dosa orang yang mengikutinya, tidak berkurang daripada dosa mereka sedikitpun.

Hadith riwayat Muslim: 2675

Baca juga:   Buku Lengkap Kesalahan Umum Huruf Jar | الأخطاء الشائعة في إستعمالات حروف الجر

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolongan daripada golongan mereka.

Hadith riwayat Abu Daud: 4031

Para ulama’ telah mensyarahkan hadith di atas seperti berikut:

قَالَ الْمُنَاوِيُّ وَالْعَلْقَمِيّ : أَيْ تَزَيَّى فِي ظَاهِره بِزِيِّهِمْ , وَسَارَ بِسِيرَتِهِمْ وَهَدْيهمْ فِي مَلْبَسهمْ وَبَعْض أَفْعَالهمْ اِنْتَهَى

Al-Munawi dan al-‘Alqamiy berpandangan: maksud hadith (menyerupai sesuatu kaum) adalah berpakaian dengan zahir pemakaian mereka, mengikuti stail dan trend mereka dalam berpakaian dan sebahagian perbuatan. (Rujuk ‘Aun al-Ma’bud ‘ala Sunan Abi Dawud, 9:54)

وَقَالَ الْقَارِي : أَيْ مَنْ شَبَّهَ نَفْسه بِالْكُفَّارِ مَثَلا مِنْ اللِّبَاس وَغَيْره , أَوْ بِالْفُسَّاقِ أَوْ الْفُجَّار أَوْ بِأَهْلِ التَّصَوُّف وَالصُّلَحَاء الأَبْرَار (فَهُوَ مِنْهُمْ) : أَيْ فِي الإِثْم وَالْخَيْر.

Manakala, al-Qari pula berpandangan: maksudnya adalah, barangsiapa yang menyerupakan dirinya sebagai orang-orang kafir sebagai contoh, dalam berpakaian dan perkara yang lain, atau sebagai orang fasiq, orang yang fajir (keji), atau ahli tasawwuf, orang yang soleh dan baik, maka dia adalah daripada mereka, iaitu dalam perkara kemaksiatan atau kebaikan. (Rujuk ‘Aun al-Ma’bud ‘ala Sunan Abi Dawud, 9:54)

Kesimpulan

Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan di atas, maka tarian yang mempunyai unsur pemujaan dan ritual yang menyalahi akidah Islam, serta pemakaian dan solekan yang menyerupai syaitan atau hantu seperti Lathi Challenge ini termasuk dalam tasyabbuh yang dilarang di dalam hadith. Oleh itu, hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa.

Kami menasihati orang ramai supaya berhenti menularkannya dengan berkongsi video-video di media sosial dan tidak terlibat di dalam cabaran-cabaran (challenges) yang berbentuk pemujaan dan ritual seperti ini demi menjaga akidah kita.

Baca juga:   Kabar Duka, Guru Kami Prof. Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah Wafat

WaAllahu a’lam.

Selesai

Kumpulan Lathi Challange

https://www.youtube.com/watch?v=Dq-tsOt3oOw

Saya termasuk orang yang mendukung Wandazrin dalam cuitannya ketika memberikan nasehat agar umat Islam tidak latah mengikuti suatu tren ekspresi diri tanpa berpikir panjang. (tulisan saya tentang latah hanya ada di Asia Tenggara bisa dilihat di tautan ini).

Lathi Challange yang banyak dilakukan muslimah saat ini membuktikan generasi latah. Tidak peduli baik atau tidak, menguntungkan atau merugikan,selama itu mengasyikkan dan menyenangkan bagi mereka.

Menurut Geertz latah berkaitan erat dengan faktor budaya, karena latah muncul sebagai bentuk penerimaan individu di ranah sosialnya. Latah merupakan solusi untuk dapat diterima di lingkungan sosial, sebagai ekspresi diri dari kekangan-kekangan sosial seperti; tabu, wacana seksual, kelas dan etnis.

Maka Lathi Challange merupakan cara remaja meraih kepuasan diri atau sekadar seru-seruan dan mengisi waktu luang, bahkan ada yang menjadikannya sebagai cara untuk menunjukkan diri bahwa mereka pun up to date. Ingin diakui ditengah-tengah komunitas mereka.

Semoga kita tidak menjadi orang yang latah hanya untuk sekedar dibilang masa kini.

Solusi atas fenomena sosial seperti ini ada pada manusianya. Memahami dan menyadari peran masing-masing dan terus meningkatkan mutu pribadi dan kualtitas diri masing-masing.

Tambahan bacaan tentang Latah.

Winzeler, Robert L. 1983. Latah in South-East Asia: The History and Etnography of a Culture Bound Syndrome. (dalam Kumpulan Jurnal Indonesia No. 37 (April)). Cornell Southeast Asia Program.

Geertz, Hildred. 1968. Latah in Java: A Theoretical Paradox. (dalam Kumpulan Jurnal Indonesia No. 5 (April)). Modern Indonesia Project Cornell University: New York.

Share your love
Jumal Ahmad
Jumal Ahmad

Jumal Ahmad Ibnu Hanbal menyelesaikan pendidikan sarjana pada jurusan Pendidikan Agama Islam dan Magister Pengkajian Islam di SPS UIN Jakarta. Aktif di lembaga Islamic Character Development dan Aksi Peduli Bangsa.

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *