Mike Tyson menangis di Raudhah

Bekas juara tinju dunia Mike Tyson, yang masuk Islam sewaktu berada di penjara pada tahun 1990-an, dikhabarkan akan mengunjungi kota suci umat Islam Makkah dan Madinah pada musim haji akan datang, sebuah harian Saudi melaporkan pada hari Sabtu lepas (3/7).

Tyson, yang pernah menjadi juara tinju dunia kelas heavyweight era tahun 1986-1990, tiba pada hari Jumaat di Madinah bersama dengan Asosiasi Dakwah Kanada untuk umrah, atau haji kecil, kata akhbar Okaz.

Dari Madinah Tyson akan melakukan perjalanan ke Makkah dan juga merancang untuk mengunjungi kota-kota Saudi lain, seperti dilaporkan Okaz.

Tyson (44 tahun), masuk Islam sewaktu menjalani hukuman penjara 10 tahun – kemudian diubah menjadi tiga tahun – kerana memperkosa seorang ratu kecantikan AS pada tahun 1991.

Setelah keluar dari penjara dia cuba bertinju kembali, namun tidak pernah bierjaya merebut gelaran dan akhirnya mengakhiri karier tinju profesionalnya di tahun 2005.

Januari lalu, dia ikut ambil bahagian dalam acara gusti WWE Raw pro di Amerika Syarikat.

Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Baca juga:   Al Noor Group Qatar membalas film IOM

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. –

Share your love
Jumal Ahmad
Jumal Ahmad

Jumal Ahmad Ibnu Hanbal menyelesaikan pendidikan sarjana pada jurusan Pendidikan Agama Islam dan Magister Pengkajian Islam di SPS UIN Jakarta. Aktif di lembaga Islamic Character Development dan Aksi Peduli Bangsa.

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *